Sabtu, 28 Januari 2012

Shah Rukh Khan & Priyanka Chopra Ada Skandal Cinta

Sejak melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak tahun 2002, nama aktres jelita Bollywood Priyanka Chopra pantas meraih perhatian bukan sahaja kerana lakonannya tetapi gossip hangat yang tidak berkesudahan.

HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.


Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.

Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."

Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk. Baca lagi gossip hangat ini


2 ulasan:

  1. gosip je ni..tak betol pn..peminat priyanka jangan percaye la ea..n kebanyakan wife aktor yg berlakon ngan priyanka memang cam tu..gauri,susanne ngan twinkle..cemburu xabes2..

    BalasPadam