Rabu, 15 Februari 2012

(Promo)Video Eksklusif Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani-Astro Ria

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tengok majlis pernikahan Yusri & Lisa yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Sebelum ini ada khabar mengatakan majlis perkahwinan mereka akan mendapat liputan secara live dan eksklusif daripada Astro. Bagiamanapun jelas Lisa, tiada siaran live tetapi para peminat boleh menyaksikan majlis mereka menerusI dua episod istimewa yang akan bersiaran di Astro. Episod istimewa itu menceritakan dan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin.

Walimatul Urus Yusri & lisa


Diberi judul Eksklusif Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani, episod pertama akan bersiaran pada 25 Februari 2012 pada pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria.Manakala episod kedua akan bersiaran seminggu selepas majlis resepsi mereka.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “

Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
Romantiknya Yusri & Lisa
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan. Tidak lupa juga bekas isteri Yusri, Erra Fazira ditemubual dalam Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani.

Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?   

Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.

Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.



3 ulasan:

  1. tak sabar nak nengok diaorang nikah..

    BalasPadam
  2. lisa nampak manjeee...sukeeee.....comel

    BalasPadam
  3. suke giler aar dgn kapel ni.selamat pengatin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
    x sabar nak tengok dia org kawen.

    BalasPadam