Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan. Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.
“Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak ‘dating’, malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.
Bagi Lisa sendiri, hatinya sudah bulat tetapi sebelum bertaut kucupan di dahi, dia dan Yusry harus mengelak daripada bersemuka. Mereka memilih untuk berpisah sementara. Mungkin untuk kumpul rindu agaknya tapi saya cuma ikut pesan dan amalan orang-orang tua, pesan ibu saya. Kami sudah tidak bertemu sejak 10 Februari, Yusry mula-mula agak pelik dengan amalan sebegini, tapi dia okey lagipun ini bukannya satu paksaan cuma ada baiknya juga.
“Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.
“Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.
Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.
“Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.
“Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry,” katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.
Tahniah buat mempelai,moga berkekalan hingga akhir hayat.
BalasPadamtahniah buat kedua3..hihi..
BalasPadam