Pasangan hangat Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya hari ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada sidang media yang diadakan di Flora Cafe, Jln Ampang. Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei hadapan dan majlis akan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.
Awal & Scha di majlis mengumuman tarikh pernikahan mereka |
Keluarga Awal & Scha turut hadir disidang media |
Dalam masa yang sama pasangan ini mendedahkan majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.
Pada sidang media tadi, Awal dan Scha tampil ringkas. Tiada pakaian sedondon sebaliknya Awal mengenakan sepasang Kurta putih, manakala Scha memakai kurung moden berona coklat.
Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Sehati Berdansa dan kini usia perkenalan mereka telah mencecah dua tahun enam bulan.
Pasangan tersebut bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim. Sementara itu tutur Scha pula, dia amat bersyukur segala persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus.
"Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudahkan persiapan majlis tersebut,"katanya sambil memberitahu mereka berdua telah pun menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu.
Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan dua hari selepas itu (6 Mei) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Hampir 2000 tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka akan disiarkan di Astro Ria,di mana 4 buah episod pra-perkahwinan mereka akan ditayangkan secara rakaman sebalik tabir dan juga momen-momen pahit dan manis Scha & Awal sepanjang persiapan perkahwinan. Siaran akan bermula pada 13 April hingga 18 Mei 2012. Manakala majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani kelak. Satu episod majlis persandingan akan disiarkan secara rakaman.

Awal dan Scha bertuah kerana mendapat 12 syarikat yang sudi menaja majlis yang bersejarah buat mereka ini.
Awal dan Scha dijangka akan berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.
Scha & Awal nikah 4 Mac 2012 |
so sweet! semoga mereka akan berkekalan hendaknya..
BalasPadamsama cantek sama padan
BalasPadamSweet sgat2....mmang sesuai sgt lh....semoga kekal hendaknya...
BalasPadam