Faezah Elai dalam Sidang Media filem Jidin Sengal |
Faezah Elai dipercayai mengamuk apabila dia tidak senang diajukan soalan tentang wataknya di dalam filem Jidin Sengal. Faezah yang turut berlakon dalam filem arahan pengarah muda dan baru, Esmi Zahara itu, memberitahu dia terkejut dan tidak tahu menahu akan hal tersebut.
Insiden ini berlaku ketika di sidang media dan pra-tonton filem terbitan outLOUD Studios itu di Cinelesure, The Curve, Damansara, yang diadakan selepas prebiu filem Jidin Sengal pada malam Selasa lalu. Faezah dikatakan tergamam seketika apabila salah seorang wartawan meminta komen tentang watak Ella Sunti yang ada persamaan dengan kehidupan peribadinya.
Lebih teruk lagi, pelakon yang mengahwini pengarah Heykal Hanafiah ini turut menempelak wartawan itu dengan mengatakan dia sengaja mahu "mengenakannya".
"Agak terkejut jugalah. Serius saya tidak tahu menahu akan ada babak visual itu. Tapi masa menjalani penggambaran sekitar Februari tahun lepas, masa tu saya belum kenal pun lagi dengan Haikal", katanya
Faezah Elai sebagai Ella Sunti dalam Jidin Sengal |
Namun ketidakpuasan hati Faezah ini dipercayai tidak berhenti setakat itu sahaja. Dengan menggunakan laman Twitter sebagai medan meluahkan perasaan, kali ini luahannya disampaikan kepada suami kesayangan, Heykal Hanafiah.
Memang betul-betul Sengal...............
Gambar Perkahwinan Faezah Elai & Heykal Hanifah
Memang betul-betul Sengal...............
Gambar Perkahwinan Faezah Elai & Heykal Hanifah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan