Jumaat, 23 Mac 2012

Kenapa Protege Ferhad Terpaksa Tarik Diri?

Selepas memberikan satu persembahan yang cukup mantap di Konsert Pengenalan Ahad lalu, sememangnya ramai yang menantikan persembahan Wanie yang seterusnya.

Tetapi atas sebab masalah kesihatan, protege Ferhad, Wanie terpaksa menarik diri dari Mentor 6. 
Wanie protege Ferhad tarikh diri kerana masalah kesihatan
"Selasa lalu, Wanie pengsan masa latihan. Semalam, dia pengsan sekali lagi ketika sesi latihan dengan Ferhad. Dia dibawa ke klinik dan doktor memberitahu dia ada 'low blood pressure'," cerita penerbit eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa.

"Doktor menasihatkan supaya dia tarik diri kerana bila-bila masa saja dia boleh pengsan sekali lagi bila tertekan. Jadi, Ferhad dan juga pihak produksi membuat keputusan untuk menarik dia keluar dari pertandingan atas masalah kesihatan sebab kami bimbang jika ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.

"Sebenarnya, semasa 'medical check-up' yang kami aturkan untuk para protege, kami sudah dapati dia ada 'low blood pressure'. Cuma masa itu dia yakinkan kami dia boleh mengawalnya. 'High or low blood pressure' jika boleh dikawal, tiada apa-apa. Tetapi nampaknya dia tidak boleh 'control' ditambah pula dengan 'stress' dan 'pressure' dari pertandingan."

Cerita Sufian lagi, bila disampaikan berita itu kepada Wanie, gadis berusia 18 tahun itu meminta untuk diberikan peluang kedua.

"Dia sedih kerana terpaksa dikeluarkan. Dia tidak dapat menerima keputusan itu tetapi seperti yang kami jelaskan padanya, apa yang kami lakukan ini adalah atas kepentingan bersama. Kami tidak mahu apa-apa berlaku padanya. Kami juga tidak mahu mengambil risiko itu. Kami harap dia faham."

Dari sumber diterima, Wanie akan digantikan anak jati Kelantan, Tisha sebagai protege Ferhad. Menurut Sufian, setiap mentor mempunyai seorang protege simpanan. Tisha dijangka akan tiba dari Kelantan jam 4 petang ini, dimana dia akan terus memulakan latihannya dengan Ferhad, penasihat vokal Ajai dan pengarah muzik, Lok U.

Mampukah Tisha mengisi ruang yang ditinggalkan Wanie, jangan lupa saksikan Mentor 6 Ahad ini, 9 malam di TV3. 


3 ulasan:

  1. kes dh nk same mcm ziana zain dulu kn .. hehe

    BalasPadam
  2. untuk kebaikan semua pihak, mungki itu jalan terbaik.

    BalasPadam
  3. kesihatan penting. kene jaga


    manja singgah sini

    http://notamanjaku.blogspot.com/2012/03/mini-giveaway-by-manja-im-limited_20.html

    salam semua. MANJA ada buat MINI GIVEAWAY. ada 31 hadiah untuk di menangi. syarat yang simple. MALAH BOLEH PILIH HADIAH YANG MANA yang korang nak. tak percaya? jom terjah :) harap korang support

    BalasPadam