Rabu, 21 Mac 2012

Keputusan Terkini! 506 calon dapat A bagi semua mata pelajaran SPM 2011

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini sebentar tadi.
 
update terbaru
Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada 2010.

"Pencapaian keseluruhan calonSPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN)5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, hari ini. Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu..bharian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan