Bimbang dengan keselamatan anaknya itu, Rozita telah membuat laporan polis setelah usaha mencari anaknya dengan sendiri menemui kegagalan. Hari ini, Rozita mengesahkan anaknya itu telah pun ditemui pada jam 1.00 pagi, 18 Mac lalu.
“Aniq telah ditemui di rumah salah seorang rakannya setelah dimaklumkan oleh rakan-rakan anak sulung saya, Ammar Effendy. Saya rasa sangat bersyukur dan lega setelah semuanya selesai. Sebaik mengetahui anak saya tidak pulang-pulang ke rumah, saya memang panik sebab bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadapnya. Mujurlah semuanya selamat,” ujar Rozita yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.
Ditanya mengapa Aniq bertindak demikian, Rozita mengakui yang dia sebenarnya tidak pasti. Namun percaya anaknya itu merajuk dengannya.
“Aniq ini seorang anak yang manja. Dia mudah merajuk kalau ditegur. Lebih-lebih lagi kalau saya banding-bandingkan dia dengan abangnya. Mungkin sebab itu dia terasa hati dan merajuk. Saya pun susah hendak jelaskan sebab yang sebenar. Maklumlah, ini adalah masalah keluarga. Apa yang boleh saya katakan, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan peka dengan perasaan anak-anak,” ulas Rozita Che Wan lagi.
Ini bukan kali pertama Rozita Che Wan berhadapan masalah dalam membesarkan anak-anak. Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar Effendy,16 dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang. Anak Rozita Cik Wan bergaduh dan dibuli disekolah
cantiknye baju rozita tuuuu, sweet sgt ade bunga2 pink bagai ! hihi :D
BalasPadamhmm...
BalasPadam