Program MasterChef Malaysia sudah pun tamat. Setelah berakhirnya program realiti masakan popular iaitu MasterChef Malaysia, pihak Astro Ria membawa sebuah lagi program yang menggunakan konsep yang lebih kurang sama serta masih bernaung di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu MasterChef Selebriti Malaysia tidak lama lagi.
Bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac ini, program realiti masakan pertama, MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air dan mula disiarkan berkemungkinan pada bulan 5 nanti di kaca TV.
Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.
Seperti mana MasterChef Malaysia, proses rakaman juga akan dibuat di Dapur Masterchef, No 3, Jalan Sungai Terap, 32/182, Bukit Rimau, Industrial Park, Seksyen 22, Shah Alam. Pihak media telah pun dijemput untuk membuat liputan tentang program terbaru ini di seperti Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pada 27 Mac 2012 minggu depan.
Turut di hadir sewaktu sesi rakaman itu kelak adalah Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad serta kesemua barisan selebriti yang terlibat.
Tak sabar nak tengok semua selebriti ini masak. Boleh ke Ratu cantik,Angkasawan negara dan jejaka-jejaka macho masak? Boleh ke lawan Juliza Adzlizan, Salamiah dan Louisa Chong yang dah banyak pengalaman di dapur?
mesti best!
BalasPadamnak tengok!!
BalasPadamhaha