Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.
Gambar dan info terkini akan diupdate dari semasa ke semasa.
Gambar selepas pukul 2pm
5.21pm: Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.
4.30pm: Senjata pistol anggota polis telah dirampas oleh peserta perhimpunan di hadapan SOGO. Susulan daripada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.(Info Polis Diraja Malaysia)
4.19pm:Jalan TAR Orang ramai bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta BERSIH(Info MalaysiaKini)-Video dibawah
1.13pm: Jumlah peserta: Pudu/Kotaraya/Petaling Street (berarak dari KLCC) 20K; Pasar Seni (bergabung dengan kumpulan Brickfields) - 15K; Masjid Jamek 10k; TAR/JLn Tun Perak/Jln Parlimen 10K; Masjid Negara 5K.
Penyokong Bersih 3.0 terbalikkan kereta polis |
Polis melepaskan gas pemedih mata |
3.00pm : Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata apabila peserta perhimpunan cuba merempuh halangan.
12.30pm: Kereta bawa DSAI melalui jalan berhampiran Masjid Negara dikerumuni rakyat yg laung reformasi.
11.50am: Unit Pengesan Bom PDRM tiba bagi memeriksa objek disyaki bahan letupan dan mendapati ia bukan bahan letupan(video dibawah)
11.45am: Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.
10.40am: Masjid Negara-Pengerusi BERSIH S Ambiga baru sampai, kelihatan bergerak ke stesen keretapi lama.(video dibawah)
1015am: Bangsar-Sasterawan Negara A Samad Said memasuki Stesen LRT Bangsar disambut tepukan gemuruh.
Penyokong Bersih 3.0 di TAR |
9.55 pagi: Di kawasan Masjid negara, penyokong terus bertambah tapi belum ada pergerakan, semua masih menunggu arahan seterusnya.
9.50 pagi: Lebih 500 penyokong Bersih dan Anti-Lynas berhimpun di hadapan KLCC. Polis juga dilihat berkawal di kawasan berhampiran.
Penyokong Bersih 3.0 di Petaling Street |
9.50 pagi: Peserta perhimpunan bergerak dari Pasar Seni menuju ke Petaling Street. Mereka juga bertindak menukar pakaian dan memaki T -shirt Bersih 3.0
Penyokong Bersih 3.0 di Dataran Merdeka |
9.40 pagi: Anggota bomba dan unit kecemasan HKL turut ditempatkan berhampiran dengan Dataran, Stadium, Bangun Sultan Abdul Samad dan beberapa kawasan yang lain.
Penyokong Bersih 3.0 sudah mula membanjiri kawasan bangunan Sultan Abdul Samad |
9.40 pagi: Penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun di hadapan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut
9.40 pagi: Helikopter PDRM mula berlegar-legar di lokasi-lokasi Bersih
9.38 pagi: Kelihatan 100 penyokong berkumpul di hadapan Kompleks Pertama.
9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.
9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.
9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.
8.30 pagi: Dianggarkan lebih 3,000 penyokong Bersih mula berkumpul di luar Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Raja dan Stesen LRT Masjis Jamek.
7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.
6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran
5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
assalamualaikum CT...betul2 bersih ke ni...:)
BalasPadamBila harta awam rosak sampah merata=-rata siapa nak bersihkan kerajaan juga ....duit sapa duit rakyat juga...sapa rugi rakyat juga sebab kerajaan guna duit kita untuk bersihkan kawasan perhimpunan bersih
BalasPadam@Suzie
BalasPadamopss,harap maaf yee,DBKL ada.cuma satu hari saja nak menunjukkan mesej bersih 3.0 yg sebenar..bukan BERSIH sampah.haha