Sabtu, 28 April 2012

Gambar Polis FRU Melepaskan Gas Pemedih Mata Kepada Penyokong Bersih 3.0

Maklumat yang baru diperolehi dari wartawan di Dataran Merdeka mengatakan penyokong BERSIH 3.0 cuba merempuh benteng polis untuk terus menduduki Dataran Merdeka.


Pihak polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.





Dipercayai sehingga kini, 50,000 penyokong BERSIH 3.0 telah membanjiri sekitar Dataran Merdeka.

Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk A. Ambiga dan Wong Chin Huat telah mengarahkan supaya para penyokong beredar dari sekitar Dataran Merdeka bagi mengelakkkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun begitu, masih ramai lagi penyokong BERSIH 3.0 tidak mengendahkan arahan pengerusi bersama BERSIH 3.0 itu untuk terus berada di sekitar Dataran Merdeka.sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan