Penyanyi popular sekitar tahun 90′an Hattan kini bergelar Datuk Hattan.
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan.
Update:
Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd Zaili Besar.
Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.
Penerima lain - Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.
Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.
Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).
assalamualaikum CT...tahniah seorang lg artis bergelar Datok...:)
BalasPadamhattan?? y hattan?
BalasPadamhattan pulak?? sumbangan apa ye pada pahang?? erm....
BalasPadamDatuk??
BalasPadamAznil bila lagi??
BalasPadamkaram singh walia pon ade?? ahakz
BalasPadam