Jumaat, 6 April 2012

Nona Edisi Khas Di Scotland Bersama Neelofa & Nur Amalina

Pada 8 hingga 22 Mac lalu Neelofa ke Eropah menjalani rakaman program Nona siaran TV3. Lima hari berada di Scotland pengacara Nona itu membawa misi iaitu menjejaki pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri penuntut di Universiti Edinburgh, yang terkait kontroversi baru-baru ini apabila gambar peribadinya tersebar di pelbagai laman blog.

Neelofa bersama Nur Amalina dan ibu saudaranya, Awatis

Episod khas Nona menampilkan Nur Amalina itu dijangka siarannya pada 8 April ini. Menurut Neelofa sebelum ke sana, produksi Nona terlebih dulu meminta keizinan ibu Nur Amalina, Sabariah Hasssan untuk menemubual gadis itu dan mereka bertuah apabila empunya diri sedia memberi kerjasama.

Episod Nona membabitkan Nur Amalina itu nanti akan memaparkan realiti dan sisi sebenar dirinya sebagai penuntut pintar dan pada masa sama seorang yang mengemari fesyen.

"Sebagai manusia biasa dia juga mempunyai kehidupan seperti remaja lain cuma kita yang hanya mengenalinya secara dasar pantas menjatuhkan hukum. Seperti kebanyakan remaja lain, Amalina juga mahu menikmati zaman muda dengan melakukan aktiviti kegemarannya".
Edisi khas Nona di Scotland bersama Nur Amalina

"Mungkin selam ini orang ingatkan dia seorang pelajar yang lurus atau hanya menumpukan sepenuh masanya kepada pelajaran dan tidak menghiraukan persekitarannya".

Episod itu secara tidak langsung memberi ruang untuk Nur Amalina menjelaskan segala keraguan yang mungkin terbuku dihati masyarakat  Malaysia", kata Neelofa.

Jangan lupa Nona TV3 Edisi Khas di Scotland pada 8 April 2012 bersiaran pada pukul 2.00 petang.


3 ulasan:

  1. wah akk nak nontonlah..gosip2..hihihi

    BalasPadam
  2. Best looo..mesti tonton nii...tq ct for info..

    BalasPadam
  3. Best looo..mesti tonton nii...tq ct for info..

    BalasPadam