Selasa, 10 April 2012

Panas! Siti Nurhaliza Pula Komen Tentang Kontroversi Kemenangan Aaron Aziz

Panas!..Panas!....Belum reda cerita tentang Zed Zaidi pertikaikan kemenangan Aaron Aziz, kini 
Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula memberi komen.

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.
“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan.

"Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat Konvesyen Persada Johor di sini, hari ini.




4 ulasan:

  1. tah pape je dunia artis ni,, seni la konon,, wekkkk

    BalasPadam
  2. betullah kata datuk siti tu,,muzik nie universal..tanpa sempadan..

    http://hatiputera.com/jadikan-blog-kita-mesra-seo/

    BalasPadam
  3. dunia hiburan xleh kembangkan minda.. just untuk hiburan je.. jgn harap lebih.. hehehe

    BalasPadam