Awal & Scha Nikah 4 Mei 2012 |
Ujar Awal, dia mahu yang terbaik buat bakal suri hidupnya justeru dia tidak kisah bersungguh-sungguh memerah idea mengatur persiapan hari bahagia mereka.
“Scha sentiasa menghargai apa yang saya beri atau buat untuknya. Selama ini saya kurang manjakan dia malah saya tidak romantik. Untuk majlis perkahwinan kami nanti saya mahu manjakan dia bagai puteri.
“Saya mahukan sesuatu yang istimewa dan lari daripada kebiasaan majlis perkahwinan. Kami sedang mengusahakannya dan berharap kejutan itu akan jadi kenangan terindah buat Scha dan tetamu,” kata Awal yang turut memaklumkan bulan madu di Eropah terpaksa di tunda ke penghujung tahun berikutan jadual seninya padat tetapi dia tetap akan melapangkan beberapa hari untuk pra bulan madu dalam negara atau negara berhampiran.
Celah Scha yang mahu menimang cahayamata secepat mungkin selepas mendirikan rumah tangga berkata, kalau ikutkan mahu majlis sederhana tetapi tidak boleh ikut kehendak hatinya saja kerana majlis babitkan dua keluarga.
“Saya serahkan kebanyakan urusan kepada Awal.
Pendek kata, perkara besar dan penting dia yang putuskan. Ini kerana saya tahu dia lebih cerewet, teliti dan seleranya bagus,” kata Scha.
Majlis Resepsi Awal & Scha bakal ada satu kejutan |
Akui Awal, bukan mudah memikat buah hatinya itu. Tiga tahun dia menanti dengan penuh harapan sebelum salam yang dihulurkan bersambut.
“Pertama kali melihatnya dalam program Dewi Remaja pada 2007, terdetik rasa suka dan timbul keinginan yang tinggi untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Saya terpikat dengan kecantikan serta personalitinya yang lain dari lain.
“Awal perkenalan, dia sangat sombong. Biarpun berjaya mendapatkan nombor telefonnya selepas satu insiden, saya masih tidak dapat mendekatinya. SMS yang saya hantar hanya dibalas dengan ayat ringkas atau sepatah perkataan.
“Selidik punya selidik, pada 2008 saya dapat tahu dia sudah ada teman lelaki.
Tawaran menjadi penghias kulit muka depan sebuah majalah membuka ruang kepadanya untuk bergandingan dengan wanita idamannya. Biarpun Scha kekal dingin, perasaannya tetap tidak berubah sebaliknya kerjasama itu menjadi antara kenangan terindah baginya.
Sehinggalah penghujung 2008, mereka bertemu sekali lagi di Astro Awani untuk mempromosikan filem Syurga Cinta dan Histeria. Dari situ, mereka mula berbalas SMS lebih kerap namun masih atas paksi rakan artis.
Takdir sekali lagi menemukan kami di Festival Filem Malaysia pada 2009, sejak itu kami makin rapat dan tahun berikutnya (2010) kami disatukan sebagai hos program Sehati Berdansa.
“Kami semakin selesa dengan persahabatan yang terjalin dan kebetulan ketika itu dia putus cinta. Scha selalu berkongsi masalah dan isi hatinya dengan saya.
Penghujung 2010, cinta saya akhirnya berbalas.
Majlis resepsi Awal & Scha bertema warna pastel, bunga serta riben. |
Sementara itu si puteri menjelaskan, antara faktor membuatkannya jatuh hati dengan Awal kerana kesabaran serta kesungguhan jejaka itu cuba menawan hatinya selain sikap mereka yang bertentangan.
“Kebanyakan hubungan saya sebelum ini kedua-duanya dominan. Apabila batu bertemu batu, maka hubungan jadi tegang. Lain dengan Awal kerana bersamanya, kami ibarat ‘yin dan yang’ di mana kami saling melengkapi. Dia hadir tepat pada masanya. Tatkala saya bersedih, dia umpama air yang menyejukkan hati saya.
“Dia ada segala-galanya yang saya mahu. Bersamanya, saya boleh jadi diri sendiri malah rasa sangat selamat. Dia sangat percayakan saya dan tiada istilah cemburu. Dia tidak pernah kawal saya mahu bekerja dengan siapa pun namun sebagai kekasih, saya sendiri yang letakkan limitasi.
“Bagi saya, takdir kami sangat manis. Meskipun ambil masa yang lama untuk saling mencintai, saya bahagia. Dialah artis pertama yang saya kenal malah dia setia mengikuti perjalanan karier saya dari mula hingga kini,” kata Scha.
Kata Scha atau nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, kehadiran Awal juga banyak mengubah gaya hidupnya. Jika sebelum ini dia selesa melakukan semua perkara tanpa kehadiran lelaki di sisi, namun sejak adanya Awal, segala urusan seharian akan dilakukan bersama-sama.
Ini kerana Awal mahu bertemunya setiap hari kecuali salah seorang daripada mereka berada di luar Kuala Lumpur. Bahkan jejaka berjiwa sensitif itu sentiasa mahu Scha menemaninya dalam kebanyakan urusan hidup termasuklah membayar bil.
“Mula-mula kekok juga tetapi lepas dia tegur buat apa kawan kalau tak mahu temankan dia, saya faham dan mula mengikut caranya. Dari situ saya tahu dia sangat sayangkan saya dan mahu saya selalu ada di sisi,” kata Scha seraya menjeling manja bakal suami tercinta.
Segala kisah tentang Awal & Scha di Percintaan & Perkahwinan Awal & Scha
lepa dua ni sama cantek sama padan...
BalasPadampanjang pulak kisah cinta diorang ni... hihi.. letih den baca..
BalasPadampanjang mmg panjang... but so sweet... hihihi
BalasPadamoooo..mcm tu kisahnya
BalasPadamI Followww
BalasPadam