Selasa, 3 April 2012

Polis Siasat Twitter Persenda Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

Polis Johor hari ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Twitter yang mempersenda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata laporan itu diterima pihaknya semalam dan siasatan mengenainya kini dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira pukul 1.30 petang semalam di Balai Polis Pelangi Indah, di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan program "High Profile Policing" bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Terminal Larkin Sentral, di sini.

Tunku Ismail menerusi tweet @HRHJohor2 pada Sabtu lepas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas akaun berkenaan.

Akaun itu dikendalikan sebagai @HRHJohor dengan menggunakan nama yang mempersenda Tunku Ismail berserta gambar baginda.

Akaun berkenaan, bagaimanapun, telah dinyahaktifkan sejak tiga hari lepas.



2 ulasan:

  1. assalamualaikum CT...mcm2 la orang2 yg bersikap begitu mungkin dah x ada kerja lain kot sibuk nak jauhkn maruah org lain...:)

    p/s kesian TMJ kita ni...

    BalasPadam
  2. Akak masuk forum Cari, bertubi2 TMJ kena kutuk, si Fazura pun terbabit sama katanya. Twit yg di tulis tu mmg mcm bukan dr seorang anak raja, cakap yg tak elok.

    BalasPadam