Kisah sedih seorang lelaki yang bernama Saroo yang telah kehilangan keluarganya selama 25 tahun. Saroo telah tinggal bersama keluarga angkatnya di Tasmania manakala keluarga asalnya berasal dari Khandwa, India. Dengan bantuan Google Earth Saroo telah bertemu semula dengan keluarganya.
Ceritanya bermula 25 tahun lalu. Saroo hanya lima tahun semasa kejadian itu berlaku. Dia dan abangnya telah terpisah kerana Saroo tertidur setelah keletihan bekerja sebagai tukang sapu di Stesen keretapi di India.
Setelah tersedar abangnya tiada, didalam fikirannya abangnya telah menaiki keretapi yang kebetulan sedang berhenti ketika itu. Jadi Saroo membuat keputusan menaiki keretapi tersebut. Namun hampa abangnya tiada didalam keretapi tersebut. Malah dia telah tertidur selama 14 jam dan apabila tersedar dirinya telah tiba di bandar ketiga terbesar di India iaitu Calcutta.
Ketika berada di Calcutta dia belajar menyara kehidupannya sendiri dengan menjadi peminta sedekah. Akhirnya Saroo telah diambil oleh sebuah rumah anak yatim dan menanti untuk diambil sebagai anak angkat.
Saroo telah diambil oleh keluarga angkat yang berasal dari Tasmania. Dia menerimanya setelah berfikir bahawa tiada cara untuknya mencari jalan pulang kerumah dan bersetuju pergi ke Australia.
Saroo selesa berada dirumah barunya. Namun keinginan untuk mencari keluarga asalnya semakin kuat. Yang menjadi masalah Saroo ialah ketiga berumur lima tahun dulu dia seorang yang buta huruf, dia tidak tahu nama bandar asalnya. Hanya dengan kenangan silamnya sahaja yang masih dalam ingatan. Jadi dia mula menggunakan Google Earth untuk mencari di mana beliau mungkin telah dilahirkan.
Setelah berusha mencari tanpa henti dengan bantuan kenangan silamnya akhirnya Saroo dapat melihat air terjun dimana tempat dia bermain semasa kecil dahulu.
Tidak lama kemudian, beliau membuat perjalanan ke Khandwa, bandar yang beliau telah ditemui dalam Google Earth. Beliau menemui jalan sekitar bandar dengan kenangan zaman kanak-kanaknya. Akhirnya beliau berjumpa rumahnya di dalam kejiranan Talai Ganesh. Namun hampa rumah itu tidak berpenghuni.
Saroo mempunyai gambar dirinya sebagai seorang kanak-kanak dan dia masih ingat nama-nama keluarganya. Jiran berkata bahawa keluarganya telah berpindah.
Tiba-tiba datang seorang tua lalu berkata," Tunggu di sini selama satu saat dan saya akan kembali.Dan apabila dia datang kembali selepas beberapa minit, dia berkata, 'Sekarang saya akan membawa anda kepada ibu anda. "
Saya hanya merasa tergamam dan berfikir, 'Adakah saya bermimpi?"
Saroo telah dihampiri oleh ibunya yang pada mulanya dia tidak mengenalinya.
"Kali terakhir saya melihat dia adalah berumur 34 tahun dan seorang wanita cantik. Tetapi struktur muka masih sama dan saya kenalnya dan saya berkata, 'Ya, anda adalah saya ibu. '
"Dia meraih tangan saya dan membawa saya ke rumahnya. Dia tidak dapat berkata apa-apa kepada saya. Dia seperti tidak percaya bahawa anaknya, selepas 25 tahun, baru sahaja muncul semula seperti hantu. "
Namun malang bagi Saroo kerana menerima berita yang kurang baik.
Sebulan selepas Saroo telah hilang abang nya telah dijumpai digilis keretapi." Ibunya tidak pasti adakah ianya perbuatan khianat ataupun tergelincir dan jatuh di bawah kereta api.
1986: Dia kehilangan keluarga dan hidup dijalan Calcutta
1987: Dia diambil sebagai anak angkat dan membesar di Tasmania
2011: Dia menjumpai kampung asalnya dengan bantuan Google Earth
2012: Dia berjumpa semula dengan ibunya di Khandwa
Baca lagi kesudahan cerita ini disini
assalamualaikum CT...terimakasih la pd google earth kerana bantuannya mereka dpt berjumpa kembali...:)
BalasPadamsyukurkan ...
BalasPadam