Kejadian menjejaskan kira-kira setengah juta pengguna di seluruh negeri, selain menyebabkan kesesakan jalan raya berikutan lampu isyarat tidak berfungsi.
SESB akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini bagi memberi penjelasan berhubung kejadian itu. Difahamkan, bekalan dipulihkan secara berperingkan mulai jam 7 pagi.
Update
Hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira jam 3.23 pagi tadi.
Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.
Menurut Pengarah Urusan SESB Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna
terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.
Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.
Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 6.40 pagi.
Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.
Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya.
Thanks infonya...
BalasPadamDomain murah server Sabah.RM27