Isnin, 9 April 2012

Sinopsis Drama 'Jangan Ambil Padang Kami'-Astro Ria

MELIHAT judulnya, ‘Jangan Ambil Padang Kami’, pasti memberikan wadah berguna buat penonton. Mengisahkan mengenai perjuangan tujuh sekawan yang mahu mempertahankan sebuah padang di kawasan flat mereka daripada dibangunkan peneroka, drama bersiri 13 episod terbitan, Suhan Movie Trading ternyata menjanjikan kelainan daripada drama lain kerana ianya banyak memaparkan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Pelbagai konflik dan cabaran hidup dilalui tujuh sekawan ini dalam menyelamatkan padang mereka daripada dijadikan kawasan pembangunan.

Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, turut diselitkan sedikit kisah kehidupan dan percintaan yang pasti menyentuh hati sesiapa saja yang menonton.

Dibintangi Beto Khusairy, Shera Ayub, Izreen Azminda, Elfi ra Loy dan ramai lagi, drama hebat ini akan mula bersiaran jam 9.00 malam ini (9 April 2012), setiap Isnin, di saluran Astro Ria.
Sinopsis Drama Jangan Ambil Padang Kami
Pada suatu pagi, Nik, 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam - gelebeh dengan baju yang besar - tetapi mempunyai hati seorang bintang bola sepak terkenal.

Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok. Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu. Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain, 18.

Zain pergi ke padang itu dan baru dapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan condo/apartment/flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu, Murat, Juju, Maizatul dan Akmar untuk mula menyiasat.

Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka bernekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap Tanah berkenaan.

Ini akan jadi satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk “menyelamatkan” padang mereka. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi materinya, tetapi yang penting ialah perjuangan dan pendirian.

Ini padang kami.

Ini tempat kami bermain bola.

Padang ini identiti kehidupan kami.

Kalau ia dimusnahkah, di mana lagi kami mahu pergi.

Setiap Episod bakal diselitkan serba sedikit tentang kehidupan susah senang di flat mereka.

OST drama Jangan Ambil Padang Kami-Malique







Tiada ulasan:

Catat Ulasan