Sabtu, 28 April 2012

Sinopsis Filem Mencari Cinta-Nora Danish & Rusdi Ramli

Dengarnya filem Mencari cinta ini pelakon asalnya Fasha Sandha,tetapi akibat kesibukan tempatnya digantikan dengan Nora Danish.

filem ‘Mencari Cinta’, mengisahkan mengenai percintaan selepas perkahwinan yang berlandaskan kisah Rasulullah sendiri. Skrip filem ini sudah disimpan sejak tiga tahun lepas yang pada asalnya dirancang untuk di buat drama.
Filem bergenre Islamik tapi lebih kepada komersial  adalah lakonan Nora Danish,Rusdi Ramli,Riezman Khuzaimi dan Connie Ahmad. Di arahankan oleh Shirin Hj Khuzaimi terbitan Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates 

Sinopsis Filem Mencari Cinta
Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan…malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya.


Jodoh temukan Myra dan Razlan…disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.

Filem ini baru saja selesai penggambaran pada 8 April lalu dan kini dalam proses suntingan. Dijangka menemui penonton pada Hari Raya ini. Filem ini hanya menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta dan mengambil masa selama 18 hari saja penggambaran. Pihak penerbit merancang membawa filem ini untuk dicalonkan dalam 2 anugerah antaranya Woman Director Cannes Awards dan The Golden Awards of Montreux.” 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan