Isnin, 28 Mei 2012

Bekas Ratu Cantik Negara Kemalangan, Mangsa Pembuli Jalanan

Pelakon dan bekas ratu cantik negara, Lina Teoh berada dalam ketakutan dan keretanya rosak dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah motosikal di sini.

Mengulas mengenai insiden itu, Teoh berkata, dia sedang memandu ke arah Jalan Kuching berhampiran bulatan Jalan Duta pada pukul 10.30 Isnin apabila sebuah motosikal melanggar keretanya dan penunggang tersebut terjatuh.

"Saya menghentikan kereta dengan serta merta di bahu jalan untuk memeriksa penunggang motosikal itu. Dia kemudiannya bangkit dan menjerit ke arah saya.


Pelakon dan bekas ratu cantik negara, Lina Teoh berada dalam ketakutan dan keretanya rosak dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah motosikal di sini.

"Dia meminta RM300 daripada saya di atas kerosakan motosikal dan untuk bil perubatan," katanya kepada The Star.

Teoh berkata, apabila dia memeriksa keretanya, tiada kerosakan berlaku dan lelaki berusia awal 50-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus menjerit ke arahnya.

"Apabila saya berbincang dengan penunggang motosikal itu, seorang lelaki datang dan memberitahu jika saya tidak membuat apa-apa kesalahan maka saya tidak perlu membayar pampasan dan segera beredar.

"Saya mendengar nasihatnya dan masuk semula ke dalam kereta apabila lelaki itu mengekori saya dan meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal saya," katanya.

Dia yang berada dalam ketakutan berjaya menutup pintu keretanya dan beredar dengan segera tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Pada waktu itu, lelaki tersebut meletakkan motosikalnya di hadapan kereta saya sambil menjerit dan bertindak memukul dan cuba memecahkan tingkap kereta saya.

"Saya menurunkan tingkap dan mencampakkan duit untuk mengalih perhatiannya tetapi dia mengambil rantai besi dan memukul belakang kereta sebaik saya beredar," katanya.

Teoh berkata, dia turut diberitahu perkara sama turut berlaku kepada rakan-rakannya yang melalui kawasan Jalan Duta baru-baru ini.

"Beberapa rakan saya percaya ia dilakukan oleh sindiket yang cuba menakut-nakutkan golongan wanita untuk mendapatkan wang dengan mudah.

"Saya berharap agar polis akan meningkatkan pengawasan di kawasan tersebut untuk membanteras insiden seperti ini tidak berulang lagi," katanya.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum CT...mcm2 cara nak cari duit skg ini kena la berhati2...:)

    BalasPadam
  2. minta pihak berkuasa meronda di kawasan jalan duta tersebut.....sebab saya tinggal berdekatan dan jalan pergi dan balik keje....sering berlaku perkara yg tidak diingini spt. penculikan,ragut....rasa x selamat nak kuar wpun nak gi kedai yg dekat....

    BalasPadam