Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
Peneroka akan terus menerima "durian gugur" menerusi dividen Tabung Amanah FELDA hasil keuntungan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, Tabung Amanah FELDA itu akan memiliki 20 peratus ekuiti FGVH dan keuntungan akan diagihkan kepada setiap peneroka.
"Sekiranya FELDA Global dapat untung maka dividen ini akan diberi kepada setiap keluarga peneroka," katanya ketika berucap pada majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di padang FELDA Jengka 8, Pahang.
Sementara itu semua kakitangan FELDA akan menikmati bonus khas dua setengah bulan gaji sebagai menghargai jasa dan khidmat mereka.
assalamualaikum CT...seronoknya jadi peneroka Felda skg ni sentiasa dpt perhatian dr kerajaan...:)
BalasPadamyup..
BalasPadammmg best..
x sia2 sye jdi anak peneroka...
Alhamdulillah rezeki mereka,kita dapat bonus kakitangan....je
BalasPadam