Selasa, 15 Mei 2012

Saiful Apek ‘Buta Kontrak’ Sebab Itu Kena Tipu

Pelakon dan pelawak popular, Saiful Apek akhirnya akur dan reda apabila keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau terhadap penerbit, David Teo yang didakwa gagal melunaskan pulangan pelaburannya berjumlah RM200,000 sebelum ini.

“Apalagi saya boleh buat apabila, saya mungkin itu bukan rezeki saya dan saya tidak mahu membangkitkan lagi isu itu lagi.

“Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan cara saya memperjuangkan isu tuntutan ini.

“Saya mungkin ‘buta kontrak’ tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya,” katanya pada sidang media hari ini.

Tuntutan tersebut berkaitan bayaran untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan di mana Apek melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Selain itu, Apek turut mendakwa Teo gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun sama.

Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul.

“Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut.

“Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni.

“Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang,” katanya lagi.

Update
SIDANG media penjelasan Saiful Apek terhadap kontroversi membabitkan dirinya dengan penerbit David Teo, yang pada awalnya dijangkakan hangat dan beremosi, sebaliknya berlangsung dalam keadaan tenang apabila pelakon komedi itu mengambil pendekatan mencari jalan penyelesaian.

Pada majlis terbabit juga Apek hadir tanpa ditemani 50 artis yang khabarnya ingin menuntut hak masing-masing daripada David, seperti dilaporkan sebelum ini. Mereka dikatakan akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani, dalam usaha menjelaskan perkara sebenar.

“Apa yang ditulis menerusi akhbar sebelum ini adalah salah. Saya bukan mengatakan 50 selebriti akan hadir, tetapi angka 50 itu sebenarnya mewakili artis, kru produksi dan media yang akan datang ke sidang media terbabit.

“Kebanyakan artis tidak dapat hadir pada hari ini kerana semuanya ada kerja yang perlu dilaksanakan. Mereka hanya mengirimkan SMS, menyokong majlis yang saya adakan ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di Subang, semalam.

Lebih 20 wakil media yang hadir bagaimanapun seakan keliru dengan matlamat utama majlis terbabit diadakan. Suasananya juga tidak ubah seperti dalam filem.

Bagaimanapun Apek dilihat begitu merendah diri, semalam, apabila menegaskan dia tidak lagi mahu mengeruhkan keadaan berkaitan isu berkenaan. 

“Majlis ini diadakan untuk mencari jalan penyelesaian secara diplomasi.

Kami hanya mahu menjadi perintis dan mendapat sokongan daripada industri hiburan untuk menjaga kebajikan artis, agar tidak dieksploitasi dan dimanipulasi syarikat produksi.

“Biarlah aduan dan ketidakpuasan hati artis dan kru produksi diluahkan menerusi saluran yang betul. Kita mahu kebajikan mereka dilaksanakan dengan saluran betul, tanpa ada niat untuk menindas.

“Melalui pengalaman pernah saya lalui dulu, saya tidak mahu perkara sama berlaku kepada artis dan kru produksi lain,” katanya.

Sebelum ini Apek melancarkan ‘perang’ terhadap David dengan mendakwa penerbit filem terkenal itu gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya, selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya berjumlah RM100,000 sejak 2005.

Justeru, atas inisiatif sendiri, Apek di bawah syarikat produksinya, Gitu-Gitu Apek, merancang untuk menubuhkan biro kebajikan artis.

“Buat masa ini saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk menubuhkan badan kebajikan yang mungkin diberi nama KEMAS (Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni 0.0). Ia ditubuhkan bagi membela nasib artis dan kru produksi.

“Saya juga berharap perjuangan ini mendapat sokongan sebaiknya daripada kementerian dan persatuan artis, untuk kebaikan mereka sendiri.

“Memang saya tidak nafikan sudah banyak persatuan yang turut memperjuangkan benda yang sama. Namun saya percaya apabila lebih banyak pihak melakukannya, hak artis dan kru produksi tidak boleh dipermainkan lagi oleh syarikat produksi,” katanya.

Menerusi biro yang ingin ditubuhkan itu, Apek berkata, antara tuntutan yang ingin diperjuangkan bagi golongan artis

Majlis sidang media berlangsung tanpa kelibat ramai artis dan kru produksi termasuklah perkara berkaitan keselamatan, pembayaran setimpal, jadual kerja tidak melebihi 12 jam, kemudahan pengangkutan untuk artis, penginapan selesa, serta memberikan keutamaan kepada artis veteran dan kanak-kanak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan