Jumaat, 22 Jun 2012

Anzalna Enggan Balas Tuntutan Neelofa-Jumpa Di Mahkamah

PELAKON Anzalna Nasir enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada artis itu, berakhir semalam.

Sebaliknya, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.

Anzalna memberitahu HIP, dia membuat keputusan itu selepas mendapat nasihat SENIMAN yang mahu menemukan mereka termasuk Tasha Shilla bagi menyelesaikan krisis dihadapi di luar mahkamah.

“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.

“SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri,” katanya.

Walaupun Anzalna melantik peguam mengendalikan kes itu, dia tetap akan menyerahkannya kepada SENIMAN bagi menjernihkan keadaan.

Anzalna berkata, dia belum dimaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN. 

“Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai,” katanya.

Sementara itu, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menentukan tarikh bagi membincangkan isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.

“Saya belum bertemu Neelofa dan kita masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh ditentukan, kita akan duduk bersemuka dan berbincang dengan ketiga-tiga mereka,” katanya.

Semalam, HIP melaporkan, Neelofa akan berbincang dengan peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor untuk mengambil tindakan seterusnya selepas tempoh tujuh hari untuk Anzalna mengemukakan notis balas berakhir.


2 ulasan:

  1. haihh, macam2 la, letih baca kisah diaorang yang tak sudah2 ni..

    BalasPadam
  2. nampak sangat nlofa tu anti sangat ngan anzalna. knapa tasya tu dia tak bsing2 ler...

    BalasPadam