Isnin, 4 Jun 2012

Gambar Majlis Resepsi Kedua Fasha Sandha & Jejai Di Perlis


Pada 3 Jun 2012 tercatat lagi satu tarikh bermakna buat pasangan bahagia Fasha Sandha dan Rizal Ashram di mana sebuah lagi majlis resepsi bagi meraikan kedua mempelai itu telah berlangsung di negeri Perlis, iaitu kampung ibunya. Majlis telah berlangsung di Tasoh Lake Resort & Retreat.

#19 Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai Di Perlis
Majlis resepsi Fasha Sandha & Jejai di Perlis

Pasangan itu menyarungkan dua busana yang ditempah khas oleh Fasha dan Jejai daripada pereka fesyen yang sama digunakan pada majlis pernikahannya iaitu Rizman Ruzaini.

Fasha yang telah pergi berbulan madu di Pulau Redang telah dikejutkan berita gembira mengatakan bahawa dia sudah mengandung selepas pulang daripada pulau tersebut.

Manakala drama lakonan Fasha yang terbaru kini sedang ditayangkan di kaca televisyen iaitu Seindah Sakura bersama hero terkenal Fahrin Ahmad khabarnya mendapat sambutan hangat.

Dengan beberapa berita gembira ini, diharapkan Fasha akan setiasa berada dalam lindunganNya dan berbahagia menjalani hidup sebagai seorang isteri. Amin
#03 Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai Di Perlis
Semoga bahagia Fasha & Jejai
 Pelamin perkahwinan Fasha dan Jejai di Perlis
Kek perkahwinan & Pulut kuning  Fasha dan Jejai di Perlis
Pasangan yang diijabkabulkan pada 27 April lalu dalam majlis pernikahan tertutup di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur itu tampil dalam persalinan Melayu tradisional sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini di depan kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga, sahabat, teman media dan peminat daripada kelab We Love Fasha Sandha.

Ujar Fasha yang ditemui pada majlis persandingannya itu, segala perancangan dan persiapan untuk majlis ini disiapkan ibunya yang mesra disapa Mama saja.

Majlis persandingan Fasha pada petang Ahad lalu turut dihadiri tetamu kehormat seperti bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain selain keluarga serta teman-teman yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur.

Fasha dan Rizal tiba jam 2 petang diiringi rombongan kereta mini dan motosikal berkuasa tinggi. Selain disambut dengan paluan kompang dan tarian tradisional, pasangan pengantin turut dinantikan semua tetamu yang ingin merakamkan foto bersama.

Menurut Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, inilah pertama kali dia diraikan sebegitu gemilang oleh sanak-saudara Fasha selain bersanding di tengah taman rekreasi yang begitu cantik.

Menyifatkan majlis persandingan ini adalah simbolik bagi menghargai keluarga yang tidak henti mendoakan kebahagiaan, Rizal yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun bersyukur kerana bukan saja mereka berdua diraikan, sebaliknya kali ini pelamin yang tersergam indah itu turut meraikan kandungan Fasha yang kini berusia tiga minggu.

Menurutnya yang menghalang Fasha mengenakan kasut tumit tinggi bagi menjaga kandungan sulung ini, persandingan ini adalah cukup istimewa dan memberikannya pengalaman terindah.

“Kegembiraan saya apabila mendengar berita Fasha mengandung sudah tidak mampu saya terjemahkan dengan kata-kata. Lantas apabila kami diraikan sebegini meriah, saya merasakan ia adalah rezeki anak sulung kami berdua yang juga kami raikan sekali.

“Alhamdulillah rezeki buat kami datang awal dan ketika kami berada di atas pelamin, ia adalah erti kebahagiaan buat kami bertiga,” katanya yang bersyukur dengan berita isterinya hamil.

Menyentuh soal kerjayanya, Fasha yang juga pemenang enam kali pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 akui terpaksa mengurangkan aktiviti seninya atas nasihat suami yang lebih selesa jika dirinya berehat.

“Saya terpaksa menolak watak utama sebagai Serakit untuk sebuah drama bersiri tayangan TV3 kerana terlalu banyak babak aksi seram dan Rizal tidak mahu saya melakukannya kerana bimbang kesihatan anak dalam kandungan ini.

“Namun, Rizal tidak pernah menghalang kalau saya ingin kekal aktif asalkan tahu akan tanggungjawab dan komitmen sebagai isteri kepadanya. Namun, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengurangkannya kerana ingin meletakkan sepenuh fokus kepada keluarga.

“Insya-Allah saya akan kembali ke lokasi drama baru Julai ini,” katanya.

Rizal dan Fasha sebelum ini sempat meluangkan masa empat hari untuk berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu. Persandingan meriah Fasha dan Rizal pada hari itu dikendalikan pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Fiza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan