Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa gadis ini pada awal kehidupannya bukanlah penganut agama Islam, sebaliknya merupakan gadis kacukan Inggeris di sebelah ibunya dan Jepun di sebelah bapanya. Beliau yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga beragama Kristian.
Gambar terbaru Hana Tajima |
“Keluarga saya merupakan tulang belakang saya, mereka tidak mempunyai masalah langsung dengan apa yang saya mahu lakukan asalkan perkara tersebut menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik. Mereka tidak sekalipun mempertikaikan keputusan saya. Sehingga kini hubungan saya dengan mereka erat seperti sebelumnya.”
Merubah pegangan hidup dan juga prinsip mungkin mudah dilakukan, namun keputusan menukar agama merupakan satu perkara besar yang bukan boleh dipandang enteng. Perubahan besar pasti berlaku, “Saya mula tertarik kepada agama Islam pada tahun 2003. Saya masih ingat ketika itu saya mula berjinak-jinak dan membaca bahan bacaan tentang Islam dan sedari itulah jiwa saya ini meronta-ronta untuk mengenali agama ini dengan lebih mendalam. Sebenarnya kehidupan di kolej banyak mengajar saya” jelas beliau yang hanya belajar setahun sahaja dalam bidang rekaan di Sommerset College of Art & Technology.
“Kehidupan di kolej memberikan tekanan yang hebat, semua terlalu mencuba untuk menjadi lebih moden dan juga merubah pendirian semata-mata supaya diterima dalam kelompok rakan seuniversiti. Ketika itu gaya pemakaian dan juga tahap pergaulan yang bebas amat merimaskan saya. Everything seems not right, dan ketika itu hanya ajaran Islam yang menjadi peneman setia, akhirnya pada tahun 2004 saya bertekad untuk memeluk Islam dan alhamdulillah segalagalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.”
Baju pengantin yang sopan |
“Sedih bukan kerana menyesal tetapi menginsafi segala kekhilafan yang berlaku sebelum ini. Untuk menyesuaikan diri, saya mengambil masa hampir dua tahun untuk menjadi selesa berhijab. Perubahan ini memberikan banyak hikmah, diri saya merasa lebih yakin dan hati berasa lebih tenang. Seperti diri ini kurang diperhatikan lelaki dan diri ini tidak terdedah, paling penting saya tahu Allah sememangnya sentiasa berada bersama saya, alhamdulillah.”
“Saya pernah mengalami keadaan di mana jiwa ini tercari-cari akan hala tuju, dan saya mendengar kata hati saya untuk mendalami Islam, alhamdulillah mujur saya mengikut kata hati. Itulah sebenarnya yang harus kita lakukan, percayakan kata hati dan nescaya hidup ini akan menjadi lebih baik. Satu perkara lagi, keyakinan diri haruslah tinggi, kerana pada zaman yang serba moden ini pelbagai ranjau dan halangan yang menanti, perubahan ke arah kebaikan juga perlu dilakukan kerana perkara itu akan sedikit sebanyak membina benteng keyakinan diri. Segala perkara ini merupakan cerminan kepada perjalanan kehidupan kita dan walau apa pun yang terjadi kekalkan dengan kepercayaan dan iman kita.”
Hana Tajima sememangnya seorang wanita yang layak dijadikan role-model kepada wanita di luar sana. Angin perubahan dalam cara berfesyen yang dibawanya memberikan semangat kepada wanita Muslimah untuk berhijab. Pesan Hana kepada seluruh pembaca, “Apabila berhijrah bukan sahaja daripada luaran, tapi hati juga perlu berhijrah, alhamdulillah mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dari-Nya.”
kagum dengan hana tajima :))
BalasPadamkagum :)
BalasPadami like hana tajima !
BalasPadamTHANKS FOR THE INFO ! :)
BalasPadam