Rabu, 13 Jun 2012

Remy Ishak Masuk Hospital, Tiz Zaqyah Layan Macam Sampah

Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Maklumlah sekarang ini Remy sibuk dengan promosi filem Jiwa Taiko sehingga tiada masa nak berehat.
Selalunya disaat sedang sakit, ubat yang paling mujarab ialah belaian ataupun berhatian dari kekasih hati. Tapi kesian bagi pelakon pujaan ramai Remy Ishak.
Pasangan kekasih Remy Ishak & Tiz Zaqyah
Remy telah mengadu kepada peminatnya di Twitter. Tiz Zaqyah di’katakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita.

Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.

Setelah lama bermain teka-teki dan memberi berbagai alasan bahawa hubungan mereka masih kuat, adakah ini tanda yang sebenarnya hubungan percintaan mereka sudah retak menunggu belah sahaja? Sudah berakhir hubungan mereka???
Twitter Remy Ishak

Update 15 Jun 2012
Gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

"Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang.

"Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.

"Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.

Bagaimanapun tambah Remy, penyakit itu perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.

"Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit.

"Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik," ujarnya.

Beritahu Remy lagi, dia juga sedikit ralat apabila gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang diadakan pada Rabu lalu serta beberapa promosi filem Jiwa Taikosepanjang tempoh ditahan dalam wad.

Sementara itu, ditanya mengenai status Twitter Remy yang merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh kekasihnya, Tiz Zaqyah,ketika dia terlantar sakit, pelakon itu enggan memberi komen tentang hal berkenaan.

"Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen," ujarnya.

7 ulasan:

  1. Ramai lg yg lebih baik dr Tiz, tinggal je Remy oiiii..

    BalasPadam
  2. nasib tau perangai sebenar sebelum kahwin...
    remy kena bersyukur..

    BalasPadam
  3. ni just emosi. maklum la orang sakit. sensitif tinggi sikit

    BalasPadam
  4. oh gitu ke? takpe ada masa dan peluang lagi cari orang lain..

    BalasPadam
  5. biasela tu, org sangapu.. mmg cm gitu
    lalalaa

    BalasPadam
  6. assalamualaikum CT...alamak kesian nyer Remy dah nasib badan nak buat mcm manakan...:)

    BalasPadam