Ella dimajlis pernikahannya |
Pelamin pernikahan Ella |
Dekorasi majlis pernikahan Ella |
Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.
update.
Majlis pernikahan tergendala akibat blackout. Ella masih menanti dengan penuh debaran.
Ella akan bertunang dulu sebelum akad nikah
Majlis pernikahan tergendala akibat blackout. Ella masih menanti dengan penuh debaran.
Ella akan bertunang dulu sebelum akad nikah
Ella akan bertunang dulu sebelum nikah |
Pengantin lelaki-Azhar bersiap sedia untuk nikah |
Ella dan Azhar untuk upacara menyarungkan cincin |
Ella dan Azhar selamat menjadi suami isteri |
Ella terima ciuman manja dari suami-Azhar |
Setelah bertahun-tahun lamanya peminat menanti, akhirnya Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30, dengan sekali lafaz.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin, menjadi wali.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini diadakan di rumah keluarga Ella di Telok Gadong, Klang, kira-kira pukul 10.35 malam tadi.
Majlis yang dibuat dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.
Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.
Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember ini.
Ella dikatakan sudah mengenali Azhar semenjak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.
Susah nak tgk ella pakai serba pink..hihi~comel2~
BalasPadamcantiknya Ella dalam gambar pertama tu, macam baru 19 tahun... sangat cantikkk!!
BalasPadamrambut tu klu wat sanggul lagi cantik ella...
BalasPadamtak sangka umur ella dah 40 tahun lebih.huh, selamat gak die ni kawin.
BalasPadamTahniah dah sampai jodoh...semoga mereka berdua bahagia
BalasPadam