Siti berkata, dia hanya dimaklumkan pembatalan konsert itu petang semalam oleh pengurusan Siti Nurhaliza Productions (SNP) tanpa mengetahui alasan ia dibatalkan. “Memang Siti terkejut dengan pembatalan konsert itu kerana semua persiapan sudah dibuat. Malah, ini kali pertama Siti berdepan situasi seperti ini. Tapi sebagai artis undangan, Siti akur dengan keputusan itu walaupun sedikit terkilan.
“Siti juga tidak berhak untuk mengulas lebih lanjut. Ini kerana Siti tidak tahu mengapa konsert itu dibatalkan pada saat akhir,” kata Siti yang sepatutnya berduet dengan Sami menerusi lagu You Came To Me pada konsert itu.
Siti juga simpati dengan penganjur Konsert Salaam di Kuala Lumpur kerana terpaksa berdepan situasi getir.
Ahad lalu, Siti berpadu suara dengan Sami dalam konsert Salaam Tour Sami di Stadium Tertutup Singapura dan menyanyi solo menerusi lagu bertajuk, Lagu Rindu.
SAMI mengakui, isu kontrak yang disifatkan serius menjadi punca konsert esok dibatalkan.
“Malangnya, ada isu kontrak yang sangat serius membabitkan pihak pengurusan saya dan promoter konsert.
“Perkara ini menyebabkan saya sukar untuk membuat persembahan. Ketika ini, saya sedang mencari tarikh baru yang sesuai (untuk menganjurkan konsert itu),” kata Sami yang memohon maaf atas pembatalan persembahan esok.
Kenyataan Sami itu dibuat di laman sosial whosay.com kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Bagi menghargai peminatnya di Malaysia, Sami menghadiahkan muat turun secara percuma lagu eksklusif yang boleh didapati di laman web rasmin www.SamiYusufOfficial.com/main.
Sementara itu, penganjur konsert, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan kurang 48 jam sebelum konsert berlangsung, memberi tempoh 14 hari kepada pemegang tiket untuk menebus semula tiket dengan wakil ejen rasmi iaitu www.airasiaredtix.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan