Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.
Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.
Kini seluruh dunia menyanjung keberaniannya tampil dengan satu lagu yang benar-benar menepati citarasa kanak-kanak sehingga warga tua. Buktinya, pelbagai versi lagu berkenaan dimuat turun dan boleh ditonton di YouTube gara-gara popularitinya.
Mendengar liriknya, tidak semua akan bersetuju dengan kehebatan lagu berkenaan kerana hampir semuanya menggunakan bahasa Korea. Tetapi, apabila menghayati melodinya, siapa saja pasti bersetuju lagu berkenaan ada ‘kuasa’ tersendiri dan membuatkan sesiapa boleh bergoyang.

Disingkatkan daripada perkataan Psycho, Psy atau nama penuhnya, Jae-Sang Park, 34, ternyata masih tidak percaya yang itu semua berlaku kepadanya sekarang.
“Selama 12 tahun saya berkecimpung dalam arena muzik Korea dan membuat pelbagai tarian ‘bodoh’, namun peminat tidak sekalipun berpaling kepada saya kerana secara visual, saya memang kalah dengan selebriti kacak lain yang ada.
“Saya cuma dikenali di sana kerana saya tidak terlalu mencuba, tidak dipromosikan malah tidak pernah terfikir pun hendak tembus ke luar negara. Semua yang berlaku sekarang pun hanya gara-gara YouTube mahupun twitter dan inilah dia pembuka periuk nasi sebenar saya.
“Tatkala perasan beberapa ‘superstar tweet’ mengenai saya, saya hanya anggap itu jenaka dan tidak pernah berlaku pun. Memang tidak pernah terbayang pun bukan kerana mereka nama besar di dunia, tetapi inilah impian semua orang untuk memijak pasaran terbesar muzik di dunia dengan menempa nama di Amerika Syarikat (AS).
“Sebaik menyedari ini memang realiti yang sedang berlaku, inilah perasaan paling indah dalam hidup ini,” katanya.
Mereka sepenuhnya koreografi dalam klip berkenaan, tidak hairanlah jika ia mampu memukau perhatian penonton kerana elemennya cukup lengkap dengan lawak, tarian pelik, warna-warni selain nyanyian serta ‘rapping’ yang ditonjolkan. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan.
Sehingga ke saat ini, lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya berjudul PSY 6 itu sudah menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes. Sudah mengadakan pertemuan dengan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun minggu lalu, Psy bagaimanapun mengunci mulutnya daripada mendedahkan isi kandungan pertemuan itu.
Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-Pop semakin mendapat tempat
di AS, jejaka itu yang ternyata tidak bernasib baik kerana gagal meraih ramai peminat di Korea mengakui tidak kisah dengan perkara itu.
“Sudah menjadi ketetapan untuk mereka yang berbadan kurus, berotot, kacak, comel, tinggi dan semua ciri lain yang tidak ada pada saya diagungkan di Korea. Saya pula jenis yang suka menganggap membuat perkara tidak betul adalah semuanya betul saja untuk saya.
“Itulah dia yang saya lalui dan perjuangkan selama ini dan dari segi visual, muzikal serta apa-apalah, memang tidak bersesuaian di sana. Pendek kata, saya tidak mencapai tahap yang mereka mahukan.
“Memanglah perkara itu menunjukkan keunikan diri saya tetapi pada masa sama, ia boleh jadi negatif juga. Sejak kecil lagi, saya suka berada di depan orang ramai walaupun saya bukan bagus pun menyanyi. Jadi, apabila saya mula kenal penyanyi rap, saya terfikir, nyanyian sebegitu pun boleh jadi muzik?” katanya.
Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre.
Lihat video di http://www.youtube.com/user/officialpsy
betul tu! ft. Hyuna 4minutes! lagu dia gila best!
BalasPadam