Ramai sungguh yang mencari gambar terkini Mazuin Hamzah. Mazuin mengukir sejarah negara apabila menikahi adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah pada 1987. Hasil buat blogwalking pagi-pagi ni dapat satu gambar terbaru Mazuin Hamzah.
Majlis Perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini |
Mazuin Hamzah gambar terkini |
Majlis perkahwinan Mazuin Hamzah & Pengiran Muda Sufri Bolkiah |
Berita paling top adalah pada tahun 1987 di mana Mazuin telah dilamar oleh adik Sultan Brunei dengan wang hantaran RM1 juta, setelah jatuh hati dengan Mazuin ketika dia mengadakan persembahan di Brunei. Zaman sekarang pun 1 juta tu tinggi nilainya, inikan pula tahun 80-an. Sebenarnya, pertemuan pertama mereka adalah di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.
Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang. Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon dan menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin yang ketika itu berumur 23 tahun.
Percintaan pandang pertama itu, disusuli dengan dengan pinangan dari Pengiran Sufi dengan menggunakan jet peribadinya yang diterbang khas dari Bandar Seri Begawan. Alhamdulillah, pinangannya telah diterima dan majlis pernikahan telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Pengiran Muda dan pertama bagi Mazuin. Mazuin telah menjadi artis wanita pertama diangkat kedudukan sebagai permaisuri kepada kerabat diraja negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan pasangan ini kekal sebagai perkahwinan paling gemilang artis tempatan sehingga ke hari ini.
Namun, tiada siapa yang pernah menyangka kegemilangan majlis pernikahan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Jodoh mereka yang dikurniakan tidak sampai ke penghujungnya. Perkahwinan mereka yang bertahan selama 17 tahun rapuh juga pada tahun 2004. Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.
Dengar khabar, beliau bermastautin di London kerana anak-anak belajar di sana. Ada juga yang kata, Mazuin sekarang sudah menetap semula di Brunei. Dia akan datang ke KL berjumpa kakak-kakak dan abangnya dari masa ke semasa. Info ohartis.com
Dah takde jodoh kan..memang tak boleh lupa perkahwinan dia dulu.
BalasPadamMasa dia muda mcm muka amy mastura kan..cantik..
BalasPadamhttp://exquisitely-aleda.blogspot.com/2012/09/featured-blogger-in-femag-magazine-16th.html
cantik mazuin ni...ptt la ibu sye berkenan...hehehe
BalasPadam