Isnin, 24 September 2012

Isu Dialog Lafaz Cerai-Vanida Enggan Terima Nasihat Mufti Perak

Pelakon Vanidah Imran atau Vee menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suaminya, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanida mengulas mengenai nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan dalam akhbar Utusan hari ini yang menggesa pasangan itu memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Bercakap kepada mStar Online Vee berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

Vee juga tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadapnya?

Tambahnya sebagai pelakon mereka sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

Katanya, dia tidak nampak sebarang sebab mengapa dia dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status mereka sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku.

Bagaimanapun Vanidah memberitahu, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

5 ulasan:

  1. assalamualaikum CT...semoga isu2 begini haruslah difikirkan..:)

    BalasPadam
  2. pergi jelah.. selesaikan kat sana. diorang lebih arif. :)

    BalasPadam
  3. takkan la diorang tak tahu bab ni.bukan sehari dua kawen//sebelum terima skrip mesti dia dah tahu apa yg patut buat/lagipun cerai mesti dgn niat kan?maaf saya yg dangkal

    BalasPadam
  4. kalau tak der niat, tapi telah di lafazkan, talak pon jatuh gak... tapi kes vanida ni, rasanye, dalam babak tu, rashidi bergandingan gan ayu raudauh.. so, rashidi lafazkan cerai pada ayu raudah dalam babak tu... bkn pada watak vanida... tapi rasa2 yer, lebih elok lau kes ni di bawak berbincang face2face gan yang lebih arif... tengok filem tu sama2, dan telitikan sama2.. lebih afdal kot... tak yah nak pertahankan ego masing2.. kita tak tau,kan??? dripada citer kat media, media leh wat per???

    BalasPadam
  5. Apa-apa pun...berbincang lah kerana setiap persoalan ada jawapan penyelesaian.Kita doakan yang terbaik buat mereka.

    BalasPadam