Isnin, 10 September 2012

Memey Suhaiza Tidak Rela Bermadu

Hubungan Memey dan bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sebelum ini tegang kini telah pulih sepenuhnya. Memey menolak hubungan baik itu sebagai petanda suaminya merujuk bekas isterinya itu kembali.

Malah kata Memey, Abby sendiri pernah memberitahunya, dia boleh berbaik semula, tetapi bukan untuk bermadu dengan Memey kerana menghormati hubungan suami isteri itu.

Memey juga sebagai seorang wanita mengakui jika boleh, dia enggan berkongsi kasih dengan wanita lain dalam hidupnya.
Memey dan Norman Hakim
"Saya tidak mahu bermadu sebab sekarang ini kehidupan saya sangat bahagia. Secara umum, tanyalah mana-mana wanita pasti jawapan yang sama diberikan tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

"Ada sesetengah wanita yang boleh berkongsi kasih, itu hak masing-masing. Saya pernah menghadapi episod kehidupan yang sangat cukup menguji diri sebagai wanita dan apabila bahagia itu muncul, saya mahu derita itu hilang," tuturnya penuh makna.

Ditanya tentang dirinya yang pernah dilabelkan sebagai perampas suami orang, tidak bimbang dan sudah bersediakah Memey jika karma yang sama akan berulang kepadanya, ini jawapan Memey.

Katanya: "Kalau nak kata saya bersedia, tidak juga kerana saya memang tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Sejak kecil sehingga dewasa, saya sendiri tidak sangka saya akan terlibat dalam kontroversi yang cukup besar. Apa yang penting saya harus laluinya dengan tabah dan doa yang terbaik."

Memey Suhaiza kini sedang dilambung bahagia bersama suaminya aktor Norman Hakim apabila dia kini hamil anak sulung yang telah memasuki usia empat bulan.

Bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Februari tahun depan, Memey telah bersedia untuk bergelar seorang ibu sementelah, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkongsian hidup Norman bersama aktres Abby Abadi.

Cerita Memey, Norman menjaganya dengan penuh teliti sepanjang tempoh kehamilannya, malah setiap hari mereka teruja dengan perkembangan bayi yang dikandungnya.

Sungguhpun tidak mengidam sebarang makanan, Memey mengakui dia mengalami alahan yang cukup teruk sehingga menyebabkannya terpaksa berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti seni.

"Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan.

Memey bersama anak tirinya
"Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya.

"Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku," cerita Memey yang terfikir untuk memberi nama anaknya, Muhammad Darwish Hakim.

Sebagai isteri, kata Memey dia berasa kasihan melihat alahan yang terpaksa ditanggung suaminya kerana Norman harus keluar bekerja mencari rezeki seperti biasa.

10 ulasan:

  1. Mana ada perempuan yg nak di madu? Kalau ada pun, mesti lelaki tu kaya raya.

    BalasPadam
  2. mane tahu nasib masa depan...

    BalasPadam
  3. ooo rampas laki org tau...tp takut plak kalo jantan dia tu dirampas...betina spesis camni la yg merosakkan rumahtangga org...malangnya ramai spesis betina mcm memey ni wujud...

    BalasPadam
  4. tau plak dia takut nak bermadu..biasa la adat dunia

    BalasPadam
  5. suka pulak aku baca jawapan memey ni
    takpelah memey...moga bahgia milikmu sorang je

    BalasPadam
  6. mmmm rasanye memey akan dapat juga macamane abby rasa tu bile dah norman jemu...

    BalasPadam
  7. patut la sampai bercerai norman & abby. memey tak rela dimadu!!! ha ha ha...

    BalasPadam
  8. tau plak takut...mcm2 dunia skrg

    BalasPadam