Jumaat, 12 Oktober 2012

Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat- ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’

Begitulah semangat dimiliki pelakon terkenal, Norish Karman. Biarpun, penyakit ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ iaitu kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu amat menyakitkan hingga menyebabkan bintang Sayang Salmah itu terpaksa berkerusi roda, namun dia tidak mahu menjadikan penderitaannya itu sebagai alasan untuk tidak ke lokasi. Ini sekali gus membuktikan bahawa dia begitu komited terhadap tugasnya sebagai pelakon.

Walaupun keadaannya berkerusi roda dan perlu dibantu ketika berdiri, tiada siapapun akan menyangka dia masih mampu menggagahkan diri ke lokasi penggambaran, sekali gus menyiapkan baki babak drama bersiri Julia yang hangat dipertontonkan di TV3 ketika ini.

“Pihak produksi faham keadaan saya tapi atas dasar tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod yang ditayangkan ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu. Kalau saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung.

“Saya ditahan di wad Isnin lalu, bagaimanapun keesokan hari, saya meminta keizinan doktor untuk ke set penggambaran dan menjelaskan kepada doktor seandainya saya tidak pergi akan timbul masalah pada pihak produksi termasuklah kesinambungan jalan cerita drama itu.

“Mujurlah penggambaran pada hari itu membabitkan babak di kafe, jadi saya hanya perlu berlakon sambil duduk dan tidak begitu membebankan saya,” katanya.

Terikat dengan baki babak yang masih banyak, Norish berkata, Tuhan juga mengatur takdir untuknya cukup indah biarpun dalam keadaan begini.

“Kebetulan babak seterusnya akan saya jayakan selepas ini adalah sambungan kepada babak saya dirompak empat penjenayah, saya mengalami kecederaan dan mengesot hingga ke bilik menantu saya yang dirogol.

“Konti daripada babak itu mungkin saya boleh teruskan dengan watak Zainab menggunakan kerusi roda gara-gara peristiwa rompakan itu. Inilah yang saya katakan takdir Allah cukup indah. Dia (Allah) tahu saya perlukan kerja ini untuk menyara anak-anak namun diberikan dugaan apabila saya ditimpa sakit.
Tetapi diberikan jalan untuk saya terus berlakon dan melangsaikan kerja saya,” katanya.

Dikenali sebagai pelakon sensasi dan kerap dilanda kontroversi, namun apa yang mengagumkan sakit bukan alasan untuknya mengabaikan anak-anak. Dalam keadaan kurang sihat, Norish masih menyiapkan makanan anak-anak dan membantu menyiapkan kerja sekolah mereka biarpun di hospital.

“Saya rasa bersalah kalau saya tidak mengambil berat anak-anak. Lagipun saya memang terapkan kasih sayang sebagai perkara utama.

“Biar ibu bapa mereka bercerai tetapi kehidupan anak-anak penuh kasih sayang.
Sesibuk manapun saya berlakon, saya tetap pastikan masak untuk anak-anak. Dalam keadaan begini, kunjungan anak-anak setiap hari yang hampir setiap masa bersama saya sebenarnya meringankan kesakitan yang ditanggung,” katanya dijangka pulang hari ini.

Bercerita mengenai penyakit itu, Ahad lalu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan temannya, dia secara tiba-tiba diserang sakit belakang. Sehinggakan sewaktu bergambar dengan peminat, dia terpaksa duduk saja.

Sebaik pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam dan merehat–kan diri di kamar, dia tidak boleh bangun dan berasa separuh lumpuh.

“Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan.

“Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan.

“Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.

“Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri.

“Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada mesin basuh di rumah.

“Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih dukung mereka.
Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan saya menjayakan babak berat,” katanya yang memohon tidak mendedahkan nama hospital yang didiami.

Turut bersama di sisi Norish adalah Haqiem Armany, 13, Hardy Amieran, 9, Hanyz Armanda 8, Haq Luftie Alexander, setahun dua bulan dan anak angkat, Nor Zam, 18.

7 ulasan:

  1. tengok norish dalam cerita Julia,menjadi jadi krektornya nyampah plak kat dia nieh.....

    BalasPadam
  2. singgah sini! jom jenguk dan follow ~Sinar CintaKu~ ! ^^

    BalasPadam
  3. kalau sajer tak beli mesin basuh mmg mendera diri tuh

    BalasPadam
  4. Pelik bunyinya rumah sekarang xda mesin basuh...mungkin dah biasa...lantakla..

    BalasPadam
  5. Nice blog...sy dah follow..follow me back blh? hehe thanks http://haniinara.blogspot.com/

    BalasPadam