Khamis, 6 Disember 2012

Apakah Kesalahan Farid Kamil Memakai Uniform Tentera Di majlis Resepsinya

Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.
Pakaian tentera yang di pakai oleh Farid Kamil di majlis resepsinya

Baru lah tahu kalau kita orang biasa (bukan golongan tentera) tidak dibenarkan sama sekali memakai uniform mereka. Lebih-lebih lagi melakukan upacara sword barrel dan segala macam istiadat yang sering dilakukan di majlis perkahwinan seorang tentera. Maklumlah, kawin dengan orang biasa-biasa aje..
Farid Kamil dan Diana Danielle berjalan di bawah pedang dimajlis resepsi mereka
Ini petikan dari  hazrey.com
Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.


Aduss...tak dapat nak bayangkan kalau betul-betul Farid Kamil kena penjara,kesian Diana Danielle. Kita tunggu lah nanti apa reaksi dan tindakan ATM atau PDRM terhadap Farid Kamil.

Boleh baca di blog Hazrey jika mahukan maklumat lanjut apakah kesalahan Farid Kamil tentang uniform yang dipakainya di majlis resepsinya.

13 ulasan:

  1. ada dgr cerita yg FK ekceli dia ada masuk polis dgn pangkat inspektor, sbb dia ada qualification.
    so dia tak salahlah buat sume tu. wallahuallam

    BalasPadam
  2. @Syazana Zainn

    Kalau betul polis. Pakai la pakaian polis. Peak cap logo Navy. Wing baju airforce. Pangkat di bahu 2 bintang.

    BalasPadam
  3. Betul apa yang ditulis Hifzaili. Dan farid kamil sukarelawan polis bukan regular (anggota) maka sekaligus tak layak utk istiadat sword barrel. Dan perhatikan pasukan sword bearer tidak memakai logo polis spt lazim di peak cap mereka, maka?

    BalasPadam
  4. memang org biasa tak boleh pakai or buat upacara sword barrel tu sebenarnya.. sebab itu upacara khas utk angkatan tentera yg berkenaan sahaja...

    BalasPadam
  5. Setiap masalah ada penyelesaian,kita boleh selesai dengan cara yang terbaik.

    BalasPadam
  6. Penyesaian? Dah ada dah. Dah ada undang2 yg kata tak bole.. Kalau pakai juga, maka langgar peraturan dan undang2, maka penjara la jawabnya.. Tu la penyelesaiannya...

    BalasPadam
  7. biarlah depa nak buat ape pon tok majlis kahwin dorang..
    bukan sebab undang-undang yg perlu dipertikaikan kat dunia ni skrang..tapi hukum Allah..undang2 dunia ni takkan dibawa ke akhirat nanti..so,jangan lah memandai nak judge org lain,sedangkan diri sendiri pun belum cukup sempurna terurus..

    BalasPadam
  8. memang la majlis kawin dorang,suka hati dorang tp jgn la sampai melanggar undang2.ingat senang2 nk pakai bintang n sayap.semua tu menuntut pengorbanan.saya bini askar,saya dpt rasa betapa peritnya untuk suami saya nk pakai paku.parid senang2 je nk pakai bintang.uniform askar/polis bukan kostum dik oiii

    BalasPadam
  9. teringin nak merasa kahwin lalu bawah pedang...

    BalasPadam
  10. Nak cakap 2 perkara :
    1. Mungkin niat dia untuk menarik org muda join PDRM atau tentera sebab ada uniform dan istiadat yang menarik.

    2. Jika pakai dengan NIAT supaya org mempercayai bahawa dia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang, barulah menjadi kesalahan. Kalau tentera atau PDRM nak dakwa, kenalah buktikan bahawa Farid Kamil MEMANG ada niat supaya orang mempercayai bahawa dia adalah seorang tentera/polis.

    p.s. saya bukan peminat FK, tapi saja nak komen. hehe!

    BalasPadam