Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
Benteng Konkrit runtuh di Puncak Setiawangsa |
Banglo mewah musnah akibat tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
Jalan ditimbusi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
Difahamkan antara penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana.
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.
"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.
"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.
Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.
Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.
Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamputeri umno kantoi??Lihat sini
BalasPadam