Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indah menjadi penyeri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.
Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.
Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.
Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.
Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan dimajlis persandingan mereka |
Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringi paluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pengantin lelaki yang mengenakan sut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.
Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lain serta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78.
Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.
Tetamu 'tercuit' apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan |
Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan bersanding diatas pelamin bertema syurga khayalan |
Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.
Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.
Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.sumber
Memang kontroversi sangat keluarga dia ni. Sorang pembangkang sorang lagi orang kuat Gov..sorang lagi kalau tak kenal memang kena carut di twitter. hahahah
BalasPadamkeluarga 99...hahahaha...
BalasPadamdah kahwin ke ???xpe..xpe...huhihih
BalasPadamkejam kejam...ehehe
BalasPadamtahniah tahniah ya pengantin baru.
BalasPadamMy latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012