Rabu, 20 Februari 2013

Gambar Separuh Bogel Zalif Dalam Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

JIKA sebelum ini pelakon merangkap vokalis kumpulan Handy Black, Zul Suphian pernah tampil berani berbogel menerusi produk lakonannya seperti filem Mantra dan Keramat, kali ini giliran pelakon yang sedang meningkat naik, Zalif Sidek untuk mencuba formula yang sama.

Cuma, perihal yang dilakukan Zalif atau nama sebenarnya Mohd Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, kali ini tidak seberani Zul kerana katanya, babak dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang akan memasuki pawagam pada 21 Februari itu hanyalah separuh bogel saja.

Zalif yang memegang watak sebagai Rudy merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang melalui fasa-fasa meningkat remaja dan terlibat dalam aktiviti pergaduhan di sekolah. Salah satu babak pergaduhan menuntut Zalif dibogelkan oleh sekumpulan samseng sekolahnya kemudiannya diikat di tiang bendera selepas dibogelkan dan hanya bertutup sehelai kain bercorak 'smiley' bahagian bawah perutnya.

Sebelum ini Zalif juga pernah beraksi berani membuka baju menerusi filem Hantu Dalam Botol Kicap yang digandingkan bersama pelakon muda, Mikail Andre tahun lalu.

Gambar separuh bogel Zalif dalam filem Pada suatu Cinta Dahulu

Filem kali ini menampilkan Zalif dalam versi sedikit berbeza daripada sebelum ini dan menuntut keberanian untuk tampil separuh bogel.

Lebih kurang 70 peratus babak saya dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu memerlukan saya tidak berpakaian sebenarnya. Saya sudah bersedia untuk dikritik atas tindakan ini namun pengalaman ini merupakan yang pertama dan terakhir saya. Selepas ini saya tidak akan mengulangi babak tidak berpakaian lagi.

Tiada pelakon yang berani terima cabaran seperti ini dan kebetulan saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada yang pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, filem ini berkisar kehidupan pelajar sekolah yang terlibat dengan kejadian buli sehingga dibogelkan di hadapan kawan-kawan.

Saya tidak kisah dikritik kerana saya menjalankan tugas saya sebagai seorang pelakon. Saya bukannya berbogel sepenuhnya sehingga menampakkan bahagian anggota badan yang tidak sepatutnya. Untuk babak itu saya melipat seluar pendek saya hingga atas paras paha dan ditutup dengan kain di hadapannya sehingga menampakkan seolah-olah saya berbogel. Tapi sebenarnya saya separuh bogel luah Zalif.

Berbicara mengenai Fida pula Zalif memberi komen dia dan Fida sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kontroversi yang timbul membuatkan saya mengambil keputusan untuk berundur diri terutama kes orang ketiga yang sampai ke hari ini saya buntu dan gagal bertemu jawapan. Dia juga semakin menjauhkan diri daripada saya.

 Saya masih belum berjumpa dengan orang lain buat masa sekarang. Keutamaan saya adalah kerjaya dan ini perkara utama yang ingin saya kejar buat masa sekarang. Pihak Metrowealth juga tidak menghalang saya untuk bercinta atau berkahwin. Asalkan saya tidak mengabaikan tugas saya sebagai seorang anak seni.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan