Khamis, 22 Ogos 2013

Cerita Mangsa Terselamat Dari Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam, memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam tadi.
Mangsa didalam bas kemalangan Jatuh Gaung Di Genting Highlands
Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.

"Mereka lihat ada mangsa yang pecah kepala, kecederaan serius selain melihat ada mangsa terperosok di bawah bas," kata Zaid.

Katanya Nur Syamimi memaklumkan kemalangan itu dengan menghubungi abang mereka yang dikenali sebagai Jeffrey sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa ke Hospital Selayang.
Zaid bersyukur kedua-dua adik-beradik, yang bercuti di pusat peranginan itu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah memandangkan ramai yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Nurul Quraitul Aini Md Jali, 19, pula memberitahu hari ini adalah hari terakhir beliau bekerja sebagai pekerja bankuet sebuah hotel.

Ngeri-Keadaan mangsa didalam bas kemalangan jatuh gaung di Genting Highlands

Kakaknya, Nur Aini berkata adiknya merupakan orang kelima yang dibawa keluar dan diselamatkan pasukan keselamatan.

"Ibu dan kami semua terkejut dengan kejadian itu dan kami bergegas datang ke hospital dari Melaka sebaik sahaja adik menghubungi kami.

"Kami gembira dan bersyukur dia selamat dan dapat melihat serta berbual dengannya tadi," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Saidah Misbun, 19, sempat menghubungi ibunya yang berada di Perak sejurus kejadian.

Kakaknya, Sajidah Misbun, 21, memberitahu, panggilan adiknya itu terputus dan mereka semua bergegas ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawatnya.

"Adik tidak sampai setahun kerja di Genting Highlands dan tidak sangka dia akan mengalami keadaan sebegini. Adik saya patah tulang rusuk belakang dan mungkin dihantar untuk pembedahan," kata Sajidah.

 -

6 ulasan:

  1. Mungkin kualiti bas dan pemandu perlu ditinjau lepas ni kan.
    Bawa penumpang yang ramai dengan keadaan jalan yang berbukit macam tu pun bahaya kalau difikirkan.
    Alhamdulillah masih ada yang selamat.

    BalasPadam
  2. Takotnyaaaaa.....

    Pengendali bas nak untung je. Bawak laju. Tak kisahkan keselamatan. Ish2... Dah ramai terkorban... Tapi apa nak di kata sudah takdir

    BalasPadam
  3. Takotnyaaaaa.....

    Pengendali bas nak untung je. Bawak laju. Tak kisahkan keselamatan. Ish2... Dah ramai terkorban... Tapi apa nak di kata sudah takdir

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah....itu la..pengusaha tahu nak untung sj...kebajikan pemandu pown xdijaga...keselamatan penumpang xdihirau...

    BalasPadam
  5. Untuk makluman nur syamimi,saya ada terjumpa ubat milik cik smasa oprasi menyelamat yg berakhir 1700hrs 23/8/13...syukur alhamdulillah cik terselamat...msa tgk nama atas ubt tu saya berharap cik terselamat...tu yg sy search kt google....amin..kuatkan semangat....

    BalasPadam
  6. Untuk makluman nur syamimi,saya ada terjumpa ubat milik cik smasa oprasi menyelamat yg berakhir 1700hrs 23/8/13...syukur alhamdulillah cik terselamat...msa tgk nama atas ubt tu saya berharap cik terselamat...tu yg sy search kt google....amin..kuatkan semangat....

    BalasPadam