Rabu, 3 September 2014

Shoulder Bag Fabrik Denim Dan Cotton-Nevena Bag

Lepas pergi bercuti bersama keluarga pada 31 Ogos lalu, terus masuk kerja... List tempahan panjang 3 muka surat sudah menunggu.

Tempahan beg kali ini dari seorang pelanggan yang inginkan pattern Nevena Bag. Nasib baik masa ada offer tempoh hari saya dah beli pattern ini di Etsy.com. Jadi tak ada masalah terima tempahan.

Selalunya untuk buat pattern terbaru ambil masa sikit nak siapkan. Untuk Pattern ni saya banyak fikir nak gunakan cotton stabilizer(CS)  ke tidak. Saya guna kain jenis heavy cotton dan denim yang agak tebal.Tapi kalau tidak gunakan CS nanti tak nampak tegap pula....

Fikir punya fikir akhirnya guna juga CS. Bila beli pattern selalunya debaran nak siapkan beg tu kurang sikit, sebab rupa bentuk dan ukurannya kita sudah tahu. Cuma ikut aje pattern dan arahan yang telah diberi.

Ini lah hasilnya Nevena Bag yang sudah siap.

Nevena Bag pattern dari Etsy 

Pattern bag terbaru handmade ct N honey
Corak  motif  Paisley 
material bag dari cotton dan denim
Nevena bag mempunyai kemasan lipatan yang unik dan reka bentuk yang simple. Sangat bergaya cukup untuk menarik perhatian. Beg ini sesuai untuk membawa barangan nipis seperti dokumen,buku dan folder. Ia juga boleh di isi dengan dompet dan barang-barang kecil yang penting. Yang pasti Nevena bag sesuai untuk semua peringkat umur.
handmade bag ct N honey
Nevena Bag handmade ct N honey ditambah dengan aksesori snap button, zip bahagian atas dan 2 poket di bahagian dalam. Pelanggan boleh juga membuat penambahan mengikut kehendak sendiri.

Ukuran
16" lebar
24' tinggi

Untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau hantar pertanyaan ke email sitinoorhz@gmail.com

2 ulasan:

  1. Salam...aaaa sy suka beg jenis mcm ni, nampak hipster gitu kalau pakai, santai je~ haha..kalau mcm ni customade, berapa ya? saje tanye harga dulu, kot2 nak order pd masa akan datang ke, chewahh! sbb u sgt berbakat buat beg :D

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana minat handmade saya. Harga dari rm70 mengikut jenis kain

    BalasPadam