Isnin, 27 Oktober 2014

Barangan Keperluan Bayi-Diaper Bag

Diaper bag dan multi purpose bag handmade ct N honey
Minggu ini settlekan tempahan untuk bulan 10. Kena kejar masa sikit,sebab minggu depan sudah mula nak buat untuk tempahan bulan 11 pula. Rehat untuk sehari dua aje. Badan ni pula dah mula nak demam balik. Umur dah terlajak ni antibody dah kurang sikit,cepat sangat dapat penyakit. Harap tak serius....
Diaper bag bercorak ceria sesuai untuk bayi lelaki
Kali ini tempahan adalah salah satu keperluan bayi yang sangat penting juga. Setiap ibu mesti ada diaper bag untuk mengisi barangan bayi, tak kisahlah kecil ke besar saiznya, ringkas atau banyak poket, semuanya mengikut keperluan masing-masing.

Untuk Diaper Bag ini pelanggan saya meminta untuk dibuat satu set dengan Multi Purpose Bag sebagai bag tambahan. Ruang dalam Diaper bag ini sangat luas, cukup untuk mengisi baju, barangan dandanan bayi jika untuk dibawa pulang ke kampung selama 2 hari.
Diaper bag bersaiz besar
Saiz Diaper bag ini adalah yang terbesar dan juga banyak step nak kena ikut untuk  menyiapkannya dalam pattern Diaper bag yang pernah saya buat. Ambil masa 2-3 hari juga.

Ukuran Diaper Bag ct N honey
Panjang 16"
Tinggi 12"
Lebar kiri kanan beg 4"

1.Mempunyai zip atas.
2.5 poket belakang dan hadapan luar beg.termasuk 4 poket yang bertutup
3.2 poket bergetah di kiri kanan luar beg.
4.Ada 4 poket dibahagian dalam beg.
Gambar Diaper Bag handmade ct N honey untuk  poket depan dan belakang 
Diaper bag handmade ct N honey untuk bahagian tepi sisi dan ruang dalam bag
Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com  ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan