Sekarang ni tinggal sesekali batuk sahaja. Alhamdulillah dapat sambut Hari Raya Haji dengan badan yang sihat.
Tak ada apa yang nak di share dengan rakan-rakan semua. Maklumlah 2 minggu badan tak sihat,nak pandang mesin jahit pun tak ada mood.
Ini pun hasil yang saya buat semasa bersantai-santai setelah menyiapkan tempahan pelanggan sebelum demam.
Multi Purpose Purse Handmade ct N honey |
Multi Purpose Purse mempunyai 1 poket berzip dibahagian dalam purse |
Multi Purpose Purse ada 3 ruang yang berasingan |
Multi Purpose Purse Handmade ct N honey |
Multi Purpose Purse ruang yang luas dibahagian dalam |
Mencabar juga nak siapkannya. Part paling susah bila nak jahit kiri kanan badan. Asyik tak sama aje dengan bahagian dalam yang berzip bila nak di jahit lurus. Tapi puas hati juga dapat 1 lagi pattern baru- 'multipurpose purse'.
Untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau ke email sitinoorhz@gmail.com
Cantik❤️
BalasPadam