Hari ini masih layan mood menjahit. Tak tahulah kenapa 2-3 hari ni dalam kepala banyak sangat pattern beg terbaru yang nak dibuat. Kalau di ikutkan list tempahan masih panjang lagi.
Dari pagi sampai ke malam menyudahkan pattern bag yang di panggil granny bag.Tertanya-tanya pula kenapa lah di beri nama beg nenek pula.
Buat granny bag ni senang, tak lah susah sangat, cuma part nak jahit bias tu aje yang leceh sikit. Lagi satu kalau guna handle PU leather kena jahit tangan. Memang sakit lah jari ni.
Saiz granny bag ni kecil sahaja. Comel bila di bawa.
Ukuran
panjang 11"
tinggi 7"
lebar 21/2"
Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan