Lega tempahan Batch 1 hadiah hari guru telah siap. Ini adalah salah satu hadiah hari guru yang saya buat untuk tahun 2015. Saya sangat seronok menyiapkan tempahan tote bag dan envelope clutch dari songket ini. Dalam pada masa yang sama sangat berhati-hati dari mengunting,mengiron dan menjahitnya. Takut benang dan kainnya rosak jika tersilap semasa dalam proses membuatnya.
Disebabkan kain songket jenis kain yang cantik dan mahal,jadi design dan aksesori bagnya tidak perlu rumit, memadai ringkas saja.
Tote bag dari songket. Sangat sesuai di isi dengan hadiah istimewa di dalamnya. Pasti yang menerima akan rasa sangat di hargai.
Envelope Clutch dari songket sangat menarik walaupun hanya di tambah dengan aksesori brooch sahaja.
Jika berminat untuk menempah boleh ke pagehttps://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html
P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.
Lebih mudah bagi saya jika diberikan link atau gambar beg yang hendak ditempah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan