Isnin, 21 Mac 2016

Jahit Beg Guna Material PU leather


 Stock PU leather dah lama ada. Tiba-tiba hati tu berkobar-kobar nak mencuba. Terhasil lah beg ini. Yang seronoknya jahit material PU leather ni tak perlu nak pegang iron. Nak tambah CS (kain pengeras). Potong, jahit,siap.

Kali ini nak mencabarkan diri buat pattern yang rumit sikit. Guna aksesori handle tu. Juga tambah zip. Berhati-hati sangat bila nak potong PU leather. Sayang kalau salah potong. Bila nak menjahit pula tekan mesin seperlahan yang mungkin. Takut terlajak jahitan tak cantik, dah tak boleh tetas sebab PU leather dah rosak berlubang. 

 Dah siap satu, teringin pula nak gunakan PU leather warna merah. Pattern yang sama cuma kali ini saiznya kecil kan sikit dan tak tambah handle.

Untuk bahagian dalam beg saya gunakan lining nylon yang sangat mudah nak menjahitnya. Lagi cepat siap jika dibandingkan menggunakan kain. Dan yang penting nampak eksklusif kan. Macam jenama Chanel tu..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan