Selasa, 17 Mei 2016

Aksesori Beg (Metal Frame Bag)

Hari ini nak bercerita tentang aksesori beg. Dipanggil metal frame bag. Ada berbagai-bagai saiz dijual. Ini adalah sebahagian saiz yang boleh didapati pada saya sekarang.

Hasil Beg atau clutch bag mengunakan metal frame sangat cantik. Cuma untuk mendapatkan hasil yang kemas dan cantik itu memerlukan kesabaran lah sikit. Semasa proses menyambungkan beg dengan frame kita perlulah menjahit menggunakan tangan.  

Juga satu lagi cabaran ialah untuk melakar pola mengikut saiz frame. Untuk menyelesaikan dan memudahkan kerja, saya akan sertakan sekali pola(A4 paper)  dengan setiap pembelian metal frame bag secara PERCUMA.   

Contoh hasil clutch bag mengunakan metal frame bag. Jika berminat dengan aksesori ini boleh email saya atau boleh ke page saya di FBhttps://www.facebook.com/heavycottononline/

Selamat menjahit.

1 ulasan: