Khamis, 1 Disember 2016

Kelas Menjahit Beg di THE CRAFTSICAL STUDIO

Pada 26hb Nov 2016 yang lalu untuk pertama kalinya kelas pertama saya telah diadakan di THE CRAFTSICAL STUDIO. Syukur Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar. Selama ini kelas hanya diadakan secara personal di rumah sahaja. Terima kasih kepada semua student yang support kelas menjahit Lady Handbag saya.

 Anda semua memang terbaikkk..

Untuk kelas yang diadakan ini, semua bahan disediakan, student hanya perlu membawa mesin jahit sahaja. Di akhir kelas sudah boleh bawa pulang 1 handbag yang cantik dan pasti anda sangat bangga dengan hasil nya.

Untuk 2nd class pula..akan diadakan dalam masa terdekat ini. Saya akan update tarikh nya nanti ya. Jangan lepas kan peluang untuk menambah ilmu juga berkenalan dengan rakan-rakan yang sama minat dalam dunia jahitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan