Sabtu, 17 Jun 2017

Pelanggan Setia Handmade ct N honey

Hari raya cuma tinggal seminggu sahaja lagi. Saya pula sibuk menyiapkan satu tempahan yang begitu lama juga dalam senarai tempahan.



 Sebenarnya saya memang tidak ambil tempahan beg buat masa sekarang. Tapi bila dapat seorang pelanggan yang begitu teruja ingin memiliki handmade ct N honey, saya sangat terharu dan tidak mampu untuk menolak tempahannya.
 Menggunakan kain kanvas untuk plain dan kain linen untuk bercorak. kisslock/frame beg saya pula berukuran 25cm. Untuk nampak lebih kemas saya hiaskan renda kecil menutupi jahitan tangan di tepi frame.

Semoga hari raya tahun ini dapat lah bergaya dengan handmade bag saya. Terima kasih kerana bersabar menunggu dan menyokong handmade saya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan