Walaupun hari-hari kalau ikutkan tak banyak masa nak menjahit, tapi demi beg raya, luangkan juga dalam masa sehari menyiapkan 2 handbag.
Handbag frame kisslock kali ini memang nampak eksklusif, koleksi frame kisslock berskru yang disediakan dengan 2 warna mewah. Warna gold dan silver adalah 2 warna yang sangat cantik.
Frame kisslock yang ini berwarna silver dipadankan dengan material songket dan pu leather. Selalunya frame kisslock perlu dijahit tangan semasa proses mencantumkan frame dan beg. Untuk koleksi eksklusif frame kisslock ini pula, hanya perlu menggunakan skru sebanyak 18pcs sahaja. Jadi lebih mudah dan kerja lebih cepat.
Jika berminat untuk mencuba membuat handbag frame kisslock ini boleh ke kedai kecil saya, dan dengan setiap pembelian frame kisslock saya akan bagi FREE pola nya.
https://www.facebook.com/heavycottononline/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan