Selasa, 19 Disember 2017

Buat Sendiri Hantaran Istimewa

Agak lama juga tak update blog. Bila mula cuti sekolah, kesibukkan tu jadi berganda nak settlekan dulu keperluan anak-anak dirumah, mula shopping baju sekolah dan beli buku-buku sekolah.

Bila mula cuti sekolah juga, ramai lah yang membuat kenduri majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan. Bila cerita pasal 2 majlis ini, mesti topik barang hantaran akan jadi keutamaan bakal-bakal pengantin.
Akan adalah list barang dan budget yang diambil kira untuk menjimatkan kos.Pada saya untuk benda yang mudah boleh lah di buat sendiri. Bukan saja menjimatkan malah hasil sentuhan tangan sendiri itu lebih bermakna dan ada value tersendiri. Sangat sweet bila hasil barangan handmade itu dihasilkan oleh ibu, mak mertua, adik-beradik dan saudara sendiri yang dijadikan hadiah sebagai barangan hantaran.
Salah satu barang yang boleh dijadikan hantaran adalah seperti Handmade Bag. Untuk nampak eksklusif gunakan fabrik  berqualiti dan corak yang menarik, dan juga pastikan mengikut tema majlis.
Jika mahu jimat tapi nampak eksklusif boleh lah cuba cara ni ya. Semua fabrik dan aksesori untuk kisslock frame ini boleh didapati di kedai online saya https://www.facebook.com/heavycottononline/

Untuk mereka yang berminat untuk mempelajari membuat kisslock frame ini boleh juga ke kedai online untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan